PUNCAK ALAM, 2 Ogos 2023 - UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menyambut kedatangan Dr. Neneng Windayani, M.Pd., Sekretaris Laboratorium Terpadu, Pusat Kajian Halal, & Lembaga Pemeriksa Halal, UIN Sunan Gunung Djati Bandung yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, FF1 Kampus Puncak Alam. Objektif lawatan ini bagi menjalinkan kerjasama penyelidikan dan komuniti secara khususnya didalam bidang Kimia (Natural Products).
Sesi lawatan ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS), yang turut mengharapkan peluang kolaborasi berterusan bagi kecemerlangan UCS.
Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)