Penjurian Lapangan Pertandingan Anugerah IPT Bebas Denggi UCS

PUNCAK ALAM , 3 Oktober 2023 - Sesi penjurian lapangan, Pertandingan Anugerah IPT Bebas Denggi telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan FF1 Kampus Puncak Alam. Penjurian dijalankan oleh 5 orang juri yang terdiri daripada pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penjurian bermula dengan sesi pembentangan aktiviti dan progres yang telah dilaksanakan oleh pihak UiTM Cawangan Selangor (UCS), yang melibatkan aktiviti-aktiviti pembasmian nyamuk aedes di sekitar kampus. Sokongan positif telah diberikan oleh seluruh pihak termasuk pentadbiran dan pengurusan UCS bersama-sama usahasama yang diberikan oleh pihak kolej kediaman UCS.

Sumber : Muhammad Ainuddin Bin Mohd Hata (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000