Majlis Penyerahan Sumbangan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UiTMKOOP)

30 November 2023 - Majlis Penyerahan Sumbangan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UiTMKOOP) Kepada Staf UiTM Cawangan Selangor telah diadakan Dewan Sri Alam, Hotel UiTM Puncak Alam. Majlis ini dianjurkan kerjasama Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE), UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan pihak UiTMKOOP.

Penyerahan sumbangan daripada pihak Koperasi Kakitangan UiTM Bhd telah disempurnakan olen YBrs. Tuan Syahrudin Hanib, Pengerusi UiTMKOOP dan disaksikan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor serta barisan pengurusan eksekutif.

Sumbangan dari UiTMKOOP diberikan kepada setiap kampus UiTM di seluruh negara setiap tahun dan UiTM Cawangan Selangor antara kampus yang terpilih. Pihak UiTM Cawangan Selangor menzahirkan sekalung penghargaan buat UiTMKOOP yang sudi berkongsi rezeki melalui pembayaran zakat untuk diagihkan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000