Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Sesi Taklimat Geran Penyelidikan DUCS-SULAM & DUCS KK (Kesenian & Kreativi)

30 November 2023 - Bahagian Penyelidikan & Inovasi, UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Sesi Taklimat Geran Penyelidikan DUCS-SULAM & DUCS KK (Kesenian & Kreativi) di Dewan Anggerik Sari, PSB, Kampus Puncak Alam.

Surat tawaran geran penyelidikan kepada semua penyelidik yang berjaya telah diserahkan oleh YBhg. Professor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor diiringi oleh Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan & Inovasi, YBhg. Prof Ts. Dr. Asmah Awal.

Seramai 11 penyelidik UCS telah menerima tawaran Geran DUCS-SULAM dengan jumlah nilai geran sebanyak RM200,000. Manakala, seramai 12 penyelidik telah menerima tawaran bagi geran DUCS-KK dengan jumlah nilai geran sebanyak RM120,000. Kedua-dua geran ini merupakan satu lagi inisiatif strategi UCS bagi memperkasakan penyelidikan, inovasi dan penerbitan dalam kalangan ahli akademik UCS serta memberi manfaat kepada komuniti dan golongan sasar.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000