20 Januari 2024 - Fakulti Perakaunan berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Menuju Puncak Kejayaan Dunia dan Akhirat di Dewan Berlian UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Buku ini merupakan hasil pertama garapan YBhg. Profesor Emeritus Dr Normah Omar bersama YBhg. Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim, yang juga mantan pensyarah dan profesor Fakulti Perakaunan.
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UiTM. Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, dan Pegawai Eksekutif Galeri Ilmu Media Group, Tuan Haji Mohd Yusri Mohd Yusof, mantan-mantan Naib Canselor UiTM, serta barisan pengurusan UiTM. Hasil royalti jualan buku telah diserahkan kepada Dekan Fakulti Perakaunan, YBhg. Profesor Dr Haslinda Yusoff dan YBrs. Profesor Madya Dr Sharifah Norzehan Syed Yusuf yang menjalankan tugas Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI).
Sumber: Unit Komunikasi Korporat