29 Februari 2024 – Satu majlis apresiasi bagi meraikan kejayaan UiTM Cawangan Selangor yang telah dinobatkan sebagai Johan Peringkat Kebangsaan IPT Bebas Denggi 2023 dan Pemenang Anugerah Khas Pengurusan Denggi Terbaik telah dianjurkan. Majlis ini juga bagi meraikan barisan Ahli Jawatankuasa Anugerah IPT Bebas Denggi Peringkat UiTM Cawangan Selangor 2023.
Berucap merasmikan majlis, Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor menzahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih, mewakili pengurusan UCS di atas segala usaha Jawatankuasa UCS Bebas Denggi.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat