6 Mac 2024 - Tahniah diucapkan kepada Fakulti Sains Kesihatan(FSK) atas penganjuran Majlis Anugerah Kualiti 2023 bagi meraikan staf fakulti yang telah berjaya mencapai prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang. Profesor Dr Ahmad Taufek, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati meluangkan masa bagi merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa wakil pengurusan UiTM Cawangan Selangor.
Majlis yang melibatkan seluruh warga FSK itu juga menyaksikan Pelancaran Sambutan 20 Tahun FSK. Semoga Fakulti Sains Kesihatan akan terus mencipta sejarah sebagai peneraju dalam bidang kesihatan dan memberikan impak positif kepada masyarakat.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat