Majlis Penyerahan Inisiatif "1 Student 1 Gadget" Anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Selangor

 

15 Mei 2024 - Tahniah Fakulti Perakaunan atas usaha untuk meneruskan inisiatif “1 Student 1 Gadget”. Pada anjuran siri ke-8 ini, penyerahan sebanyak 13 buah komputer riba telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Majlis turut disaksikan oleh YBrs. Profesor Dr Haslinda Yusoff, Dekan Fakulti Perakaunan dan barisan pengurusan serta pensyarah fakulti.

Secara keseluruhan, sejak inisiatif ini dimulakan pada tahun 2020, sebanyak 143 buah komputer riba telah diserahkan kepada pelajar yang terpilih dengan jumlah RM119,000 telah dibelanjakan hasil sumbangan warga, pelajar & alumni Fakulti Perakaunan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000