UCS x MyCareerFair 2024

 

15 Mei 2024 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan Agensi Pekerjaan Jobstore Sdn Bhd selaku penganjur utama berserta penganjur bersama Fakulti Farmasi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pendidikan dan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 telah menjalinkan kerjasama dalam menganjurkan UCS x MyCareerFair 2024 dengan menumpukan usaha dan membantu mencapai matlamat untuk meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Universiti Teknologi MARA.

Perasmian majlis disempurnakan oleh YBrs. Ts. Kamaruzaman Md Ali Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia, yang turut disaksikan oleh Rektor UCS, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman. Karnival kerjaya yang diadakan selama dua hari bermula 14 hingga 15 Mei bertempat di Bilik Aktiviti Pelajar 1 & 2 ini melibatkan 23 majikan dan berjaya menarik kunjungan seramai 2168 pelajar UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000