21 Mei 2024 - Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor (UCS) berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar Pra Sekolah Permata Cilik Az Zahrawi Hillpark ke Surau Ibnu Sina bagi Program Kembara Masjid.
Program yang dianjurkan dengan inisiatif pihak sekolah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar fungsi dan peranan masjid serta mendidik pelajar untuk menjaga adab ketika berada di masjid. UCS berbesar hati atas kesudian pihak sekolah bekerjasama dengan pihak UCS sekaligus memilih surau kami bagi melaksanakan aktiviti ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat