Sesi Libat Urus Warga UCS bersama Rektor UiTM Cawangan Selangor

 

23 Mei 2024 - Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya menganjurkan sesi Libat Urus Warga UCS Bersama YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, Sesi 1/2024. YBrs. Prof. Rektor telah menyampaikan Aspirasi dan Way Forward UCS 2024 dan berharap ia dapat memberi nilai tambah kepada perancangan pembangunan warga UCS kearah pencapaian cemerlang.

Inisiatif pemerkasaan perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh PTJ sepanjang Jan-Mei 2024 turut dikongsi. Dalam ucapannya, YBrs. Prof. Rektor juga banyak memberikan semangat dan menggalakkan warga UCS agar terus memacu ke arah perkhidmatan berintegriti. Majlis turut menyaksikan pelancaran buku ‘Makanan Rakyat Selangor’ yang disempurnakan oleh YBrs. Prof. Rektor.Terima kasih diucapkan kepada lebih 300 orang warga UCS dibawah pentadbiran dan pengurusan Pejabat Rektor yang telah menghadiri dan menjayakan Sesi Libat Urus Warga Bersama Rektor UCS ini.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000