Program Gotong Royong Perdana KPP 2024

 

9 Jun 2024 - Program Gotong Royong Perdana KPP 2024 telah berjaya dijalankan dengan kerjasama dan sumbangan peralatan dari Jabatan Kebersihan Awam Kelestarian Sisa(MBSA), pasukan Vektor PKD Petaling, dan Pihak Fasiliti Kampus Puncak Perdana. Program bertujuan meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan siswa dan siswi, serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, ahli persatuan COMBI dan kakitangan staf UiTM Kampus Puncak Perdana.

Hadir merasmikan program adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, yang juga mengetuai seramai 127 kakitangan dan pelajar Kolej Jasmine bergotong-royong, dan seterusnya melawat bilik gerakan Persatuan Skuad COMBI.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000