24 Jun 2024 - Satu sesi kunjungan hormat Unit Sukan ke pejabat YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Persekutuan Silat Malaysia (PESAKA) telah diadakan. Pertemuan bertujuan menyerahkan Surat Kelulusan Sanksi dan Sokongan PESAKA bagi penganjuran bersama Kejohanan Silat Tempur dan Jemputan Antarabangsa anjuran UiTM Cawangan Selangor.
Kejohanan dijangka bakal berlangsung pada bulan Oktober 2024 yang akan menyasarkan penyertaan seramai 1000 orang bagi 4 kategori antaranya Kategori Kanak-kanak Pra Dini & Dini, Kategori Remaja dan Kategori Terbuka Antarabangsa.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat