Majlis Pelancaran Sistem Utiliti Bersepadu "Integrated Utility System (iUS)"

 

 

4 Julai 2024 - Syabas dan tahniah Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Bahagian Infostruktur UCS atas pelancaran Sistem Utiliti Bersepadu atau iUS - Integrated Utility System.

Proses pembangunan sistem yang bermula pada 2018 ini bukan hanya sebuah perisian, tetapi sebuah alat yang akan memudahkan dan mempercepatkan proses-proses penting melalui pangkalan data bersepadu bagi menyimpan rekod penggunaan tenaga elektrik UCS. Semoga sistem baharu ini dapat meningkatkan kecekapan operasi dalaman, sentiasa berfungsi dengan baik dan memberi manfaat yang berkekalan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000