18 Julai 2024 - Satu sesi Kunjungan Hormat Delegasi UiTM Cawangan Selangor ke pejabat YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan telah diadakan bertempat di Majlis Sukan Negeri Selangor, Shah Alam.
Kunjungan UCS yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP ini adalah bertujuan menyampaikan hasrat dan sokongan penganjuran bersama Kejohanan Silat Tempur Terbuka Kebangsaan 2024. Hasil perbincangan, YB Tuan Mohd Najwan Halimi dan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor berbesar hati untuk bekerjasama dengan UCS bagi menjayakan kejohanan yang bakal dianjurkan pada November 2024. Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat