Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH)

 

27 Julai 2024 - UiTM Cawangan Selangor (UCS) sekali lagi telah menyertai Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Persatuan Sahabat Sungai Malaysia. Program ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Ir Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT.

KUDAH kali ini yang dijalankan di Sungai Langat bertujuan memulihara kebersihan alam sekitar, dan membudayakan gaya hidup sihat secara rohani dan jasmani. Terima kasih diucapkan kepada wakil UCS yang terdiri daripada staf Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana, serta pelajar Kampus Dengkil yang menyertai program komuniti ini. UCS menyokong program seumpama ini diteruskan agar membuka mata masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000