Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM Cawangan Selangor (UCS)

 

 

15 Ogos 2024 - Satu program perkongsian Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) peringkat UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya dianjurkan oleh Unit Kualiti UCS. Sesi yang disertai oleh seramai 49 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.

Sesi perkongsian maklumat serta pengalaman telah disampaikan oleh Kumpulan Proserve dari Jabatan Digital UiTM Shah Alam dan juga Kumpulan 3K dari UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan kepada kumpulan KIK yang lain. Diharapkan agar setiap kumpulan KIK yang hadir pada hari ini dapat mencipta inovasi baru bagi memudahkan proses kerja dan memberikan impak positif kepada kampus.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000