Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pertauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 Tahun 2024)

 

 

18 Ogos 2024 - Seramai 15 Orang Pegawai Kadet Sispa UiTM Cawangan Selangor telah menyertai Majlis Perbarisan Tamat Latihan, dan seterusnya ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam sempena Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Turut hadir adalah PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr Norazah Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi merangkap Komandan Kor SISPA UiTM, Lt.Kol Bersekutu (PA) Prof.Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP merangkap Timbalan Komandan Kor SISPA UiTM Cawangan Selangor serta Kapt. Bersekutu (PA) Mohd Tarmizi Abdul Raman selaku Ajutan Kor SISPA UiTM Cawangan Selangor. Majlis turut menyaksikan Leftenan Muda (PA) Aqilah BT Mohamad Hasni dari UiTM Cawangan Selangor telah dianugerahkan Pegawai Kadet SISPA terbaik.

Syabas dan tahniah kepada semua Pegawai Kadet SISPA yang telah berjaya menamatkan latihan ini, sekaligus ditauliahkan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000