Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 UiTM Cawangan Selangor (UCS) Program ‘Semarak Cilik Merdeka’

 

 

7 September 2024 - Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 UiTM Cawangan Selangor, Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE) telah menganjurkan Program ‘Semarak Cilik Merdeka’ berkonsepkan jalinan komuniti. Program bertemakan kemerdekaan ini memfokuskan penyertaan kanak-kanak dikalangan komuniti yang bertepatan dengan fungsi dan peranan iCARE.

Hadir menyantuni 99 orang anak-anak yang menyertai pelbagai pertandingan, sekaligus menyempurnakan majlis perasmian penutup adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman bersama barisan pengurusan UCS, wakil komuniti serta wakil penaja program. Semoga kerjasama dan penglibatan UCS bersama komuniti dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000