Aktiviti Eksplorasi Denai Cadamba bersama Rektor UiTM Cawangan Selangor

 

 

11 September 2024 - Seramai 55 orang kakitangan UiTM Cawangan Selangor telah menyertai aktiviti Eksplorasi Denai Cadamba Bersama Rektor, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman di Kampus Puncak Alam. Pendakian selama 2 jam telah menyaksikan semangat kerjasama berpasukan, sekaligus mengeratkan ukhwah peserta yang terdiri daripada staf di bawah pentadbiran pejabat Rektor dan juga staf fakulti.

Aktiviti riadah ini juga disertai oleh Profesor Ts. Dr Mohd Ilham Adenan yang turut memberi pendedahan ilmu berkaitan alam flora dan pengurusan hutan kepada peserta. Semoga perkongsian ilmu yang diperolehi membawa manfaat kepada semua tentang kepentingan memelihara dan memulihara hutan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000