11 Oktober 2024 - Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid telah berjaya menganjurkan Program UCS Berselawat 2.0 & Mass Gathering yang dihadiri oleh hampir seramai 1000 orang pelajar bersempena Sambutan Maulidur Rasul 2024. Program yang diadakan di Surau Ibnu Sina Kampus Puncak Alam ini bertujuan memupuk dan meningkatkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW di setiap saat dan masa.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti Dan Keusahawanan), mewakili Rektor. Program turut dimeriahkan dengan majlis perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Aiman Khair Abdul Rahman, Founder Fast Response Training and Consultancy. Semoga kebersamaan dalam menjayakan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat