14 Ogos 2025 - Kunjungan Penolong Rektor Kampus Sungai Buloh & Selayang ke Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian telah diadakan sebagai inisiatif menyantuni Pengurusan dan Pentadbiran Fakulti di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh.
Sesi ini melibatkan taaruf dan perbincangan hala tuju, diketuai oleh YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Solehuddin Shuib bersama barisan Ketua Unit Pejabat Penolong Rektor. Terima kasih diucapkan kepada pihak fakulti atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kunjungan ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat