31 Ogos 2025 - Program Casuarajawali 2025 melabuhkan tirai di Kampung Adat Cireundeu, Cimahi Selatan dengan pengisian bermakna melibatkan lebih 200 peserta. Dari Citra Permainan Melayu yang menghidupkan warisan sukan rakyat, perkongsian kuih tradisional yang menyatukan budaya serumpun, hinggalah Karnival STEM dan Cassava Couture yang menyemai kreativiti serta inovasi desa, semuanya menggambarkan kesatuan ilmu, budaya dan komuniti.
Majlis penutup menyerikan lagi perjalanan program dengan penyampaian sumbangan kepada masyarakat setempat sebagai tanda penghargaan. Diharapkan pengalaman ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh persahabatan serantau, melestarikan warisan dan melahirkan generasi yang berdaya saing serta berjiwa komuniti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat