3 September 2025 - Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Malam Jalinan Mesra Eratkan Ukhwah yang melibatkan penyertaan anggota dari Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana. Program ini, yang merupakan salah satu inisiatif dalam Program Sejahtera UCS, menjadi wadah untuk mengukuhkan semangat kekitaan melalui pengisian santai, mesra dan penuh kebersamaan.
Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Polis Bantuan di kedua-dua kampus, malah turut memupuk semangat kerjasama, kebersamaan, dan sokongan berpasukan demi kelancaran tugas serta kesejahteraan warga UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat