Select your language

Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

 

3 September 2025 - Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon BPSM dengan kerjasama Penyelaras EKSA UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Seramai 11 orang wakil Jawatankuasa EKSA pelbagai zon UiTM Cawangan Selangor telah menyertai lawatan ini yang bertujuan menambah pengetahuan, berkongsi pengalaman serta mempelajari kaedah dan strategi terbaik dalam pelaksanaan EKSA. Peserta turut berpeluang meninjau ruang-ruang berkonsepkan EKSA di bangunan JAKESS serta menerima perkongsian berharga mengenai amalan dan pengiktirafan yang telah dicapai.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000