4 September 2025 - Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan aktiviti Fun Ride yang melibatkan penyertaan staf dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) tersebut. Program berkonsepkan kayuhan santai ini merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif Program Sejahtera UCS, yang digerakkan bagi menyokong kesejahteraan warga UiTM Cawangan Selangor secara menyeluruh.
Melalui penganjuran ini, warga Pejabat Bendahari bukan sahaja berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, malah turut dapat mengeratkan ukhuwah, memperkukuh semangat kebersamaan serta meningkatkan sokongan berpasukan. Inisiatif sebegini selaras dengan aspirasi UiTM Cawangan Selangor dalam membudayakan persekitaran kerja yang sejahtera, harmoni dan berdaya saing, sekali gus memberi impak positif kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat