11 September 2025 - Sebagai usaha memperkukuh kefahaman mengenai kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Integriti bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Taklimat bertajuk “Kesalahan-Kesalahan di Bawah Akta SPRM 2009” telah disampaikan oleh Ps Mohammad Izzat Mhd Noor, Pegawai Siasatan dari Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Selangor kepada hampir 350 orang staf UiTM Cawangan Selangor, merentas kampus. Diharap program ini dapat memperkukuh agenda pembudayaan integriti dalam kalangan warga UiTM Cawangan Selangor, seiring dengan aspirasi Naib Canselor Tahun 2025.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat