20 September 2025 - UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, Pro Canselor UiTM, sebagai panel bagi slot “UiTM DiHatiku” dalam program Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS). Kehadiran beliau memberikan peluang kepada para peserta untuk mendengar pengalaman, pandangan, dan nasihat yang amat bernilai, sekali gus mengukuhkan semangat kepimpinan dan aspirasi hidup yang berteraskan Usaha, Takwa, dan Mulia.
Program ini diharap menjadi platform inspirasi yang memotivasikan mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, memberi sumbangan bermakna kepada universiti, serta memantapkan peranan mereka dalam pembangunan masyarakat secara holistik.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat