20 September 2025 - Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS) Sesi Oktober 2025-Februari 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penglibatan seramai 150 orang Pemimpin Mahasiswa bersama 23 orang barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Program intensif selama 5 hari ini telah menjadi wadah penting dalam membina serta memperkukuh kompetensi kepimpinan mahasiswa. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, sekali gus menyuntik inspirasi kepada para peserta untuk terus berbakti dan memimpin dengan penuh integriti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat