Select your language

Siri Menelusuri Kampus UiTM Resonansi UiTM 2030: Satu Kampus, Seribu Aspirasi

 

22 September 2025 - Siri Menelusuri Kampus UiTM Resonansi UiTM 2030: Satu Kampus, Seribu Aspirasi telah berlangsung di UiTM Cawangan Selangor bersama Penolong Naib Canselor (Strategi) serta delegasi Pejabat Transformasi Universiti (TRU), dengan penglibatan 70 orang warga secara fizikal dan 180 secara dalam talian. Sesi ini memberi tumpuan kepada analisa impak UiTM2025, cabaran pencapaian matlamat, aspirasi kampus bagi Pelan Strategik UiTM2030, serta perincian keperluan sumber UiTM Cawangan Selangor dalam menjayakan hala tuju strategik universiti.

Selain sesi pembentangan dan perbincangan, program ini turut disertakan dengan lawatan fasiliti di Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana. Lawatan ini membuka ruang untuk meneliti secara dekat keperluan, potensi serta strategi pembangunan kampus bagi menyokong agenda transformasi UiTM2030, selaras dengan aspirasi universiti untuk kekal relevan dan berdaya saing pada masa hadapan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000