Select your language

Pelancaran Heartbeat Heroes, sebuah inisiatif Heartsafe Campus

 

23 September 2025 - UiTM Cawangan Selangor mencipta satu lagi sejarah dengan pelancaran Heartbeat Heroes, sebuah inisiatif Heartsafe Campus hasil kolaborasi erat antara Hal Ehwal Pelajar UCS, Fakulti Perubatan dan Hospital Al-Sultan Abdullah. Program ini menekankan kepentingan CPR dan defibrilasi menggunakan AED dalam situasi cardiac arrest.

Program yang akan dilaksanakan untuk pelajar dalam tiga siri bermula Oktober hingga Disember 2025 ini menyasarkan penyertaan seramai 1,500 peserta bagi setiap siri dengan bimbingan 30 orang pelatih. Latihan untuk kakitangan pula diadakan dua kali setiap bulan hingga akhir tahun ini.

Inisiatif Heartbeat Heroes bukan sahaja seiring dengan aspirasi universiti melahirkan graduan berilmu dan berperanan dalam komuniti, malah turut menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui usaha memperkasa kesihatan, pendidikan berkualiti, komuniti selamat dan kerjasama pelbagai pihak.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000