24 September 2025 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Unit Pengurusan Kualiti, Fakulti Perakaunan dengan kerjasama Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA) dan UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2025 pada 24 hingga 26 September 2025. Majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr. Norazmir Md Nor, mewakili Rektor.
Bertemakan Ledakan Kreativiti, konvensyen ini menjadi platform penting untuk membudayakan inovasi dan penambahbaikan berterusan melalui pembentangan projek oleh 15 kumpulan terpilih, sekali gus memperkukuh budaya kualiti, kreativiti dan daya saing dalam kalangan warga universiti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat