27 September 2025 - Proses pendaftaran pelajar baharu UiTM Cawangan Selangor bagi hari pertama telah melabuhkan tirai dengan jumlah keseluruhan seramai 2,328 orang pelajar di tiga kampus iaitu Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Sungai Buloh.
Segala urusan berjalan lancar dan bersistematik hasil perancangan rapi termasuk langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di dalam kampus. UiTM Cawangan Selangor mengucapkan tahniah serta selamat datang kepada semua mahasiswa baharu yang kini menjadi sebahagian daripada warga UiTM. Semoga sesi pendaftaran pada hari esok terus berjalan lancar dalam suasana teratur dan harmoni.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat