Select your language

Penghargaan kepada staf dan sukarelawan pelajar bagi sesi pendaftaran pelajar baharu UiTM Cawangan Selangor

 

28 September 2025 -  Rektor dan pihak pengurusan UiTM Cawangan Selangor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh staf dan sukarelawan pelajar yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran proses pendaftaran pelajar baharu UiTM Cawangan Selangor selama dua hari ini. Usaha gigih, komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan telah memastikan segala urusan berjalan dengan lancar serta teratur.

Sepanjang proses pendaftaran di Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Sungai Buloh, seramai 167 orang staf dan 318 pelajar sukarelawan terlibat secara aktif dalam membantu menguruskan pelbagai keperluan pelajar dan waris. Sebanyak 159 perjalanan bas telah diatur di Kampus Puncak Alam untuk menghantar pelajar ke kolej kediaman, manakala aliran trafik di kampus berjaya diurus dengan cekap meskipun melibatkan kehadiran lebih 6,000 waris dan kira-kira 2,250 kenderaan. Komitmen semua pihak ini jelas menjadi tonggak utama kejayaan pendaftaran sesi ini. Tahniah dan terima kasih semua!

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000