Select your language

Kunjungan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) sempena Minggu Destini Siswa

 

30 September 2025 - Mahasiswa dan mahasiswi baharu UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam menerima kunjungan mesra daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Sahibi sempena Minggu Destini Siswa.

Kunjungan ini diadakan bagi menyantuni para pelajar baharu serta memberi sokongan moral agar mereka berasa lebih yakin dan selesa memulakan perjalanan sebagai mahasiswa UiTM. Turut diadakan perbincangan bersama pihak pengurusan UiTM Cawangan Selangor dan barisan Timbalan Dekan HEP Fakulti bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Minggu Destini Siswa, serta kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000