
1 Oktober 2025 - Hari ketiga Minggu Destini Siswa UiTM Cawangan Selangor diteruskan dengan pengisian yang bermanfaat buat mahasiswa baharu. Antara slot penting yang dijalankan ialah Taklimat Pengetua yang memberi penerangan berkenaan pengurusan kolej kediaman, tanggungjawab serta kehidupan sebagai warga kolej.
Selain itu, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) turut melaksanakan proses saringan individu muslim bagi menilai tahap literasi asas fardu ain dan insaniah. Inisiatif ini bertujuan memastikan mahasiswa muslim lebih bersedia dari aspek pengetahuan agama serta pembangunan insaniah dalam menempuh kehidupan kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
