Select your language

Sesi Bersama Rektor Sempena Minggu Destini Siswa UiTM Cawangan Selangor

 

2 Oktober 2025 - Sempena Minggu Destini Siswa, UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Sesi Bersama Rektor yang memberi peluang kepada mahasiswa baharu mengenali barisan pengurusan kampus. Dalam sesi ini, Rektor turut memperkenalkan kemudahan yang tersedia di dalam kampus serta menitipkan pesanan agar mereka memanfaatkan peluang dan ruang yang ada sepanjang meniti kehidupan di UiTM.

Majlis diteruskan dengan tayangan Amanat Naib Canselor UiTM secara langsung dari Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Amanat penuh berinspirasi ini diharap dapat menyemarakkan semangat mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan sepanjang pengajian.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000