
3 Oktober 2025 - Hari terakhir Minggu Destini Siswa diserikan dengan lawatan mahasiswa baharu ke Perpustakaan Tun Abdul Razak di ketiga-tiga kampus UiTM Cawangan Selangor. Lawatan ini memperkenalkan mahasiswa kepada kemudahan pembelajaran moden, koleksi ilmiah yang komprehensif, serta peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan utama sepanjang pengajian mereka.
Selain itu, mahasiswa turut mengikuti program bersama fakulti dan sesi lawatan yang memberi pendedahan awal mengenai fakulti masing-masing, sekali gus membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Pengisian hari terakhir ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada sumber akademik, malah menekankan kepentingan budaya ilmu sebagai teras kecemerlangan mahasiswa UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
