Select your language

Hari terakhir sesi pendaftaran pelajar penerapan dan pelajar semasa

 

5 Oktober 2025 - UiTM Cawangan Selangor secara rasmi menutup tirai sesi pendaftaran pelajar penerapan dan pelajar semasa pada hari kedua dengan jumlah keseluruhan seramai 4,249 orang pelajar di ketiga-tiga kampus. Tahniah dan selamat kembali ke kampus kepada semua mahasiswa.

Semoga sesi pengajian kali ini menjadi medan untuk menimba ilmu, mengasah potensi dan mencipta kejayaan. UiTM Cawangan Selangor kekal komited dalam menyediakan persekitaran kediaman dan pembelajaran yang kondusif bagi memastikan kecemerlangan akademik serta sahsiah mahasiswa terus diperkukuh.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000