Select your language

Majlis Jasamu Dikenang

 

6 Oktober 2025 - Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan YDH DSP/PB Suria Haji Kamis, Ketua Pejabat Polis Bantuan yang menamatkan perkhidmatan setelah sekian lama menabur bakti di UiTM.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa, pengorbanan, serta kepimpinan beliau dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kampus sentiasa terpelihara. Sebagai tanda penghargaan yang penuh makna, majlis turut disempurnakan dengan Pemeriksaan Baris dan Tabik Hormat terakhir oleh anggota Polis Bantuan kepada YDH DSP/PB Suria Haji Khamis, simbol penghormatan atas dedikasi dan khidmat beliau yang tidak ternilai.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000