
8 Oktober 2025 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Puncak Alam telah berjaya menganjurkan Bengkel Penerbitan Berimpak Tinggi bertajuk Think, Write, Publish - Emerging Researchers’ Roadmap to Article Publication Success: Strategies for High Impact Publications. Bengkel ini turut menampilkan Encik Alvin Cheah, Business Manager Emerald Publishing bagi Malaysia, Singapura dan Brunei yang berkongsi panduan serta strategi penerbitan berimpak tinggi kepada para penyelidik UiTM.
Bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh keupayaan penyelidik UiTM untuk menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi, meningkatkan kadar sitasi serta memperluas jaringan akademik antarabangsa.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
