Select your language

Program Wacana Pelangi: “Antara Sinar dan Sirna”

 

10 Oktober 2025 - Program Wacana Pelangi: “Antara Sinar dan Sirna” telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid (PRM), UiTM Cawangan Selangor. Program yang menampilkan Daie Izzhar sebagai penceramah jemputan ini bertujuan memberi pencerahan dan kesedaran kepada mahasiswa baharu mengenai batas-batas pergaulan dalam Islam, khususnya berkaitan pengaruh LGBT dalam kalangan masyarakat masa kini.

Majlis yang mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran hampir 2,000 orang pelajar ini turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh Maahad Tahfiz Ismail, Puncak Alam, yang memimpin selawat sebagai tanda kasih dan ingatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000