
11 Oktober 2025 - Siri pertama program Heartbeat Heroes telah melibatkan penyertaan seramai 1017 orang pelajar dan berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kompleks Rafflesia, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Pelaksanaan siri ini menyaksikan penglibatan aktif para pelajar dalam sesi teori dan praktikal, termasuk demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan serta penggunaan peranti Automated External Defibrillator (AED).
Melalui pendedahan ini, para peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran asas menyelamatkan nyawa, tetapi turut memupuk kesedaran tentang tanggungjawab sosial dalam menghadapi situasi kecemasan. UiTM Cawangan Selangor terus komited memperkukuh budaya kampus yang selamat, berpengetahuan dan berdaya saing melalui pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada komuniti kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
