
11 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat UiTM Cawangan Selangor 2025 diraikan dengan penuh semangat melalui pelbagai aktiviti sihat dan menyeronokkan. Program ini dimeriahkan dengan penyertaan seramai lebih 600 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf.
Aktiviti seperti Zumba Aerobik, Brisk Walk serta pertandingan sukan berpasukan dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga UiTM Cawangan Selangor. Penganjuran ini turut menzahirkan komitmen UiTM Cawangan Selangor terhadap pembudayaan gaya hidup sihat, aktif dan sejahtera.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
