Select your language

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Geran Dalaman (DUCS 2025)

 

13 Oktober 2025 – Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Geran Dalaman (DUCS 2025) bagi menzahirkan penghargaan terhadap komitmen para penyelidik dalam memperkukuh budaya penyelidikan universiti. Seramai 25 orang penyelidik telah menerima geran ini sebagai sokongan terhadap pelaksanaan projek penyelidikan berimpak tinggi di peringkat cawangan.

Majlis ini bukan sekadar penyerahan geran semata-mata, tetapi menjadi manifestasi kesungguhan UiTM Cawangan Selangor dalam melahirkan penyelidik yang berdaya saing dan berpotensi mencipta solusi inovatif untuk manfaat masyarakat serta industri.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000