
13 Oktober 2025 – Kerjasama antarabangsa antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universitas Negeri Malang (UM) terus diperkukuh melalui Penyerahan Surat Tawaran Geran Sepadan UiTM–Universitas Negeri Malang (UM). Sebanyak 11 projek penyelidikan bersama telah menerima geran ini yang berperanan memperkukuh jaringan akademik dua hala serta memperluas impak penyelidikan rentas sempadan.
Inisiatif ini menjadi simbol komitmen berterusan UiTM Cawangan Selangor dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa melalui perkongsian kepakaran dan pembangunan penyelidikan berimpak tinggi yang mampu memacu universiti ke arah kecemerlangan global.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
