
13 Oktober 2025 – Majlis Penghargaan Penyelidik UiTM Cawangan Selangor (2% Saintis Terbaik Dunia) 2024 diadakan bagi meraikan 6 orang penyelidik cemerlang yang tersenarai dalam kelompok 2% Saintis Terbaik Dunia berdasarkan penarafan oleh Stanford University.
Penganugerahan ini menjadi simbol penghargaan terhadap ketekunan, komitmen dan sumbangan luar biasa mereka dalam memperkukuh reputasi UiTM di peringkat antarabangsa. Kecemerlangan para penyelidik ini turut membuktikan kesungguhan UiTM Cawangan Selangor dalam melahirkan ilmuwan berimpak tinggi serta memperkukuh budaya penyelidikan yang berinovasi, berintegriti dan berdaya saing global.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
