Select your language

Program Bicara Profesor Emeritus@UCS

 

13 Oktober 2025 – Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBrs. Profesor Emeritus Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Mantan Rektor UiTM Cawangan Selangor atas kesudian menyampaikan perkongsian bertajuk “Membudayakan Penyelidikan Berimpak Tinggi dan Berintegriti@UCS”. Program Bicara Profesor Emeritus@UCS anjuran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor ini telah disertai oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada warga pengurusan dan penyelidik UiTM Cawangan Selangor.

Perkongsian yang disampaikan telah memberikan panduan dan inspirasi bermakna kepada para penyelidik, khususnya penyelidik muda dalam memperkukuh budaya penyelidikan yang berimpak dan beretika. Inisiatif sebegini diharap dapat terus menyemarakkan semangat penyelidikan berterusan dalam kalangan warga akademia UiTM Cawangan Selangor ke arah kecemerlangan ilmu dan inovasi.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000