
14 Oktober 2025 – Sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian warga kerja, UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan Lawatan Berpandu Berkumpulan ke ASEAN Arts and Crafts Bazaar (AACB) 2025 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penyertaan seramai 27 orang staf dari Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana mencerminkan komitmen warga terhadap usaha mengeratkan ukhwah dan kesejahteraan di tempat kerja.
Aktiviti ini bukan sahaja memberi ruang kepada warga UCS untuk menghargai keindahan seni dan budaya tempatan, malah sekali gus memperkukuh keseimbangan hidup yang menekankan aspek mental dan sosial.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
