Select your language

EDU Global Connect 2025

 

16 Oktober 2025 – Tahniah Fakulti Pendidikan atas penganjuran EDU Global Connect 2025 yang menghimpunkan seramai 37 delegasi dari Indonesia, terdiri daripada 5 dosen dan 32 mahasiswa. Program yang berlangsung dari 13 hingga 25 Oktober 2025 ini bertujuan memperluas kolaborasi antarabangsa antara institusi pendidikan tinggi serantau, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan akademik, malah turut memperkaya pemahaman budaya antara dua negara. Majlis turut menyaksikan pertukaran Surat Niat (Letter of Intent) antara Fakulti Pendidikan dengan Universitas Pendidikan Indonesia (Kampus Tasikmalaya & Sumedang) serta Universitas Muhammadiyah Sukabumi. Semoga inisiatif ini terus memperkukuh hubungan akademik, serta membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antarabangsa pada masa hadapan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000